Sesi Penyerahan Bantuan Kewangan : Projek Tabung Kebajikan Fakulti Kejuruteraan

By | February 27, 2018


Sesi Penyerahan Bantuan Kewangan : Projek Tabung Kebajikan Fakulti Kejuruteraan

 

Derma.jpg
Satu kutipan derma kilat telah dilakukan bagi meringankan beban mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Jepak, Bintulu Sarawak, sekitar jam 2 pagi pada 10 September 2017 (Ahad) yang lalu.  Mangsa, Siti Nurbaya binti Abdul Rahman, 21, merupakan pelajar Tahun 3 Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.  Kutipan derma kilat yang dilakukan merupakan kolaborasi antara pihak SEnSES (Persatuan Keusahawanan Sosial Pelajar Kejuruteraan) dan SAFE (Persatuan Pelajar Kejuruteraan) yang berlangsung pada 14, 15, 18, dan 19 September 2017 dimana semua jabatan   dalam fakulti kejuruteraan terlibat.  Hasil kutipan derma daripada para pelajar fakulti kejuruteraan berjumlah            RM 2408.00.  Penyerahan kutipan derma telah dilangsungkan dan kutipan diserahkan oleh Prof Ir Dr Al-Khalid Hj Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan sambil diiringi oleh Dr Nazeri Abdul Rahman, Timbalan Dekan HEPA Fakulti Kejuruteraan dan Dr Lydiana Rosli, penasihat SAFE pada 21 September 2017, jam 2 petang.

 
Derma1  Derma2

Source : Universiti Malaysia Sarawak