Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

By | March 5, 2018


Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia,below is Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua.
Alhamdulillah pertamanya marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kita dikurniakan peluang untuk melangkah ke tahun 2017 ini. Kita bersyukur kerana termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa peka dan prihatin akan waktu yang datang dan pergi dan sentiasa berusaha untuk menggunakan ia sebaiknya. Waktu adalah satu bentuk amanah dan satu kerugian besarlah kepada mereka yang membiarkan waktu berlalu tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Sesungguhnya, walaupun tahun 2016 telah dilalui dalam suasana penuh mancabar, namun ia juga telah diwarnai dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan sama ada di peringkat Universiti, staf mahupun mahasiswa. 2016 juga mencatatkan dua peristiwa yang menguji kewibawaan UTM yang seharusnya memperkayakan pengalaman UTM dalam mengatur gerak langkah untuk mara ke hadapan. Saya percaya semua pencapaian ini merupakan natijah kepada curahan keringat, usaha, komitmen penuh ikhlas dan kerjasama erat di kalangan seluruh warga Universiti menempuh cabaran dan rintangan dalam memastikan Universiti Teknologi Malaysia ini terus mencipta kecemerlangan. Ini sekali lagi membuktikan UTM mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mengharungi cabaran seterusnya pada tahun yang mendatang. Penggembelingan sumber, sinergi, kerjasama padu dan keyakinan bahawa amanah yang kita pikul ini adalah demi membina kekuatan dan masa depan lebih baik untuk generasi yang bakal mewarisi kita, pada hemat saya adalah adalah antara resepi kejayaan UTM.
Memandang ke hadapan, kita semua boleh menjangka cabaran dan lanskap persekitaran yang lebih getir bakal kita lalui pada tahun 2017. Justeru, saya mengajak seluruh warga UTM untuk terus fokus dalam memperkasakan keupayaan Universiti dan memperkukuhkan kepercayaan pemegang taruh, agar UTM terus relevan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menjadi pilihan para pelajar, pihak industri dan kerajaan. Tanpa sesuatu yang unik atau kekuatan yang istimewa, UTM boleh tenggelam kerana sektor pendidikan tinggi tidak lagi menjadi monopoli mana-mana institusi samada awam mau pun swasta malah ia tiada sempadan dengan persaingan berlaku bukan sahaja di dalam negara malah sehingga ke peringkat global.
Justeru, marilah sama-sama kita perkukuhkan ukhuwah, memantapkan ekosistem yang produktif, membudayakan inovasi dan berdoa agar kita terus diberikan kekuatan dan keupayaan dan dapat menyempurnakan segala amanah yang telah diberikan ini dengan sebaiknya dan seterusnya UTM dikurniakan kejayaan dan pencapaian yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara sejajar dengan falsafah Universiti, menerajui sains dan teknologi ke arah kesejahteraan dan kemakmuran sejagat
Selamat Tahun Bahru 2017!
Prof. Datuk Ir. Dr Wahid bin Omar
Naib Canselor
………..
2017 NEW YEAR ADDRESS BY THE VICE CHANCELLOR
Assalamualaikum w.b.t and Warm Greetings.

All praise be to Allah swt. for it is with His grace and blessings, we are endowed with the opportunity to greet 2017. We are grateful to be among those who are always vigilant and concerned of the passing of time and continuously strive to use it wisely. Time is entrusted as part of our responsibility and it would be a great loss if not utilised in a beneficial way. 
Although 2016 was a challenging year, it has been adorned with outstanding success and vibrant achievements at the university level, among staff and students. 2016 has also witnessed two events that have tested UTM’s dignity, which have subsequently enriched our experience as we chart our way forward. I believe that all these achievements are testimony of the zealous efforts, sincere commitment and strong cooperation of all the university community in ensuring that UTM continues to stay excellent despite challenging times. 
This once again proves that UTM has the strength and capacity to face challenges in years to come. Mobilizing of resources, synergy, strong collaboration and confidence are the recipe for success as part of the responsibility entrusted upon us for UTM to build a better tomorrow for our future generation who will inherit us. 
Looking ahead, we can expect more trials and tribulations as part of the challenges of the surrounding landscape facing us in 2017. As such, I call upon the whole of the UTM community to continue to focus on strengthening the capacity of the university and consolidating the trust of our stakeholders to ensure that UTM remains relevant as the university of choice by students, industries and the government. Without a unique offering and special niche, there is a danger that UTM will sink into oblivion because the higher education sector is no longer the monopoly of any institution, private or public. Furthermore, there is now no borders within which to compete, as competition is not only limited to local institutions, but now encompassing the globe.
Hence, let us together strengthen our brotherhood, bolster an ecosystem that is productive and innovative, and pray for continuous strength and capacity to shoulder the responsibility entrusted upon us to the best of our ability so that UTM will continue to be blessed with success and excellence for the sake of religion, nation and country in line with the philosophy of the university to attain excellence in science and technology towards universal prosperity.