Jemputan Ke ‘Publishing High Impact Journals Workshop’ – UniMAP

By | February 28, 2018


Jemputan Ke ‘Publishing High Impact Journals Workshop’ – UniMAP

 
Date: Friday 13 October 2017 09:00am – 12:00pm

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF DAN PASCA-SISWAZAH UniMAP
JEMPUTAN KE ‘PUBLISHING HIGH IMPACT JOURNALS WORKSHOP’
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Penerbit UniMAP dan Pejabat Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT), UniMAP akan menganjurkan‘Publishing High Impact Journals Workshop’ seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh   : 13 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa     : 9:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat  : Bilik Seminar C1, Aras 1, Blok C, Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT), Kangar
Penceramah:
1. Prof. Dr. Uda Hashim – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
2. Ir. Dr. Mohd Hafiz Fazalul Rahiman – Pengarah Penerbit UniMAP
3. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua staf dan pelajar pasca-siswazah UniMAP mengenai strategi serta langkah-langkah (step-by-step) penulisan jurnal berimpak. Bersama-sama emel ini, dilampirkan salinan poster hebahan untuk makluman YBhg. Prof./Prof Madya/Dr/Tuan/Puan.
Sehubungan dengan itu, semua staf serta penyelidik UniMAP dijemput hadir.
Sekian, Terima kasih